Berada di Tadika Kemas Julau (2002-2003)
Pada 2002,saya memulakan persekolahan awal saya di Tadika Kemas, Julau. Pada mulanya saya bersekolah di tadika cina dkat pekan julau (Maaf sebab saya tidak ingat nama sekolah tersebut)....Masa itulah saya pertama kali mengenali rakan-rakan saya..Mereka semua sangat peramah...
Berada di SK Saint Alphonsus Julau (2004-2007)
Selepas Saya menamatkan persekolahan tadika saya, saya telah masuk ke Sekolah Kebangsaan Saint Alphonsus Julau. Di sekolah inilah menyimpan banyak kenangan manis mahupun pahit.. Saya berharap Rakan Sebaya saya di sekolah ini yang mengenali saya akan membaca penulisan saya ye....jangan marah ok..peace no war...hehehehe...ok....izinkan saya mula...
Perwatakan Rakan Saya
Pada masa itu, saya telah bertemu dengan rakan baik saya iaitu Euane yang sudi bersama dengan saya semasa berada di sekolah dahulu. Euane seorang yang peramah , baik hati dan mempunyai sikap setia kawan...kami berdua sentiasa bersama saat berada di sekolah tersebut...Pernah juga kami bertengkar tetapi pada keesokkan hari kami mulai rapat kembali dan saling meminta maaf. Rakan saya yang seterusnya iaitu Jubin...Dia sentiasa bersama dengan saya menaiki van perodua berwarna merah kepunyaan Pak Cik Ali... Tidak terlupa juga dengan rakan sekelas saya Cyril Maxclaire...Dia ni memang pandai orangnya..selalu mendapat no 1 dalam kelas...memang saya tidak beberapa rapat dengan Cyrill pada masa dahulu tetapi dia ni tetap baik...Pelajar perempuan yang juga pandai iaitu Amanda Demi...Turut tidak dilupakan juga dengan insan yang tabah iaitu Saudari Mendiang Rossa Betty..saya dikhabarkan anda telah meninggalkan orang yang paling menyayangi anda di dunia ini.Mendiang selalu aktif di sekolah walaupun dia mempunyai masalah kesihatan semenjak kecil lagi.Saya turut bersimpati dengan keadaan anda dulu.Kebanyakkan Rakan Perempuan dan lelaki saya iaitu Stephanie, Christina,Jeliah, Rosamina, Tamara, Monica mas , Jasmin , Rina , Nurul, Andreas,Aiman,issac, Ryant, Nobert Bakit , Kalai , Jeffry , Ronaldo dan lain2 (maaf sebab saya tak listkan kamu orang sebab saya dah lupakan nama kamu orang) mempunyai perwatakan yang baik dan peramah...
Kemudahan Sekolah
Sekolah Sk. st alphonsus mempunyai infrastruktur yang baik...Pada awal pagi,,,setiap pelajar di sekolah perlu mencabut rumput dan membuang sampah di halaman sekolah . Sesi Persekolahan Mula Pada 7.30 pagi kalau saya tidak silap....semua pelajar akan berkumpul di dewan pada waktu perhimpunan sekolah...Keadaan Kantin sekolah turut memuaskan...saya masih ingat dahulu harga nasi goreng dan mi mihun goreng berharga RM 0.30 ...Saya sering sekali membeli nasi goreng dan mihun goreng kerana masakan mereka agak memuaskan...kandang2 saya akan membawa bekal ke sekolah...Keadaan Bilik Kelas juga memuaskan....persekitaran bilik kelas yang harmoni dan bersih membolehkan suasana pembelajaran yang selesa. Sekolah ini juga mempunyai asrama dan dewan makan...asrama menempatkan pelajar dari rumah panjang menginap di asrama tersebut.
Pengalaman Saya Semasa Berada Di Sekolah Sk ST Alphonsus
Yee..Memang saya ada menyebut Mencabut rumput tadi kan...hehehe...kalau anda melihat gambar di atas sana,,anda akan melihat laman yang subuh....disitulah saya dahulu sebagai bekas pelajar di sini mencabut rumput pada awal pagi...Saya juga pernah mengikuti aktiviti gotong royong semasa akhir tahun...Saya mengikuti badan beruniform doktor muda di sekolah ini kerana pada awalnya saya memang berminat dalam bidang kedoktoran pada masa dahulu...semasa saya tahun 4,,,,saya telah mengikuti kelas tambahan di sekolah pada waktu petang....selalunya,,saya datang awal dan berkeliaran bersama2 dengan rakan saya, Euane..
Kenangan Guru Mengajar saya
Mr Thomas Legak merupakan Guru besar sekolah ini...dia mempunyai perwatakan yang baik dan berdedikasi...tidak lupa dengan Cikgu Kueh...dia ni memang garang dan tegas tetapi baik orangnya....Cikgu Josephine juga merupakan bekas guru saya...dia juga seorang yang baik...Tidak lupa juga dengan Cikgu Patricia...Beliau seorang yang peramah dan baik hati..kalau saya tidak silap saya juga pernah membeli kuih onde-onde (kalau saya tidak silap) daripada cikgu ni...memang sedap rasanya...pandai cikgu membuatkannya...Guru lain juga peramah dan baik hati terhadap saya....mereka amat mengambil berat dan prihatin terhadap saya.
Perpisahan saya dengan sekolah Sk Saint Alphonsus Julau
Pekara ini memang berat bagi saya terhadap rakan2 dan warga di sekolah ini. Pada 21/11/2007, Ibu saya menerima tawaran bekerja Di Sibu . Saya terpaksa berpindah dekat sibu kerana kelelahan untuk berulang-alik dari julau ke sibu yang mengambil masa lebih kurang 1.15 Jam kerana keadaan jalan yang berbatu dan berlubang-lubang. Saya berasa sedih kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan saya. Saya juga mula berpindah ke sibu seberlum tahun 2008 dan tidak sempat menjenguk sekolah sk st alphonsus. Itupun hanya bapa saya yang pergi ke sekolah untuk menguruskan perpindahan saya. Masih saya teringat sebelum sekolah ditutup kerana cuti hujung tahun , Saya sempat diberikan buku peraturan sekolah 2008 berwarna hijau kalau saya tidak silap... Memang saya mahu memberitahu anda semua bahawa saya akan berpindah tetapi masa itu saya memang tidak ada kemudahan untuk menghubungi anda semua...Terakhir saya menjejak kaki ke sekolah ini pada bulan disember untuk urusan.Selepas itu sampai sekarang saya tidak menjenguk sekolah tersebut..Dan saya mendengar bahawa ada perubahan dari segi kemudahan di sekolah tersebut...Tetapi apa yang perlu anda semua tahu bahawa saya tidak akan melupakan Anda semua Rakan-rakan , guru-guru dan Daerah Julau... Harap saya di izinkan untuk menjenguk semula sekolah ini....
Suasana Sekolah Selepas Perpindahan Saya
Kalaulah saya dapat join kalian dalam gambar ni..humm.....tapi tak apakah memang dah ditakdirkan...
Saya berharap agar kita dapat berjumpa semua suatu hari nanti. Kepada yang ingin menghubungi saya, sila tambah rakan facebook saya(Link Ada di atas laman web).
Sila tinggalkan komen anda di ruangan bawah ye kawan-kawan...Mohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa atau perkataan yang boleh menyakiti hati anda.
Credit To Selina for The Picture
Webmaster will not responsible any posting on this website.