MISTERI KEHILANGAN HELIKOPTER DI BARIO, DISEBALIK PENEMUANNYABersabda Sulaiman ” Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba’ itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?”
Berkata Ifrit di antara Jin ” Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur” Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab ” Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata” AnNaml: 38-39 Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helicopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, sejurus sebelum helikopter itu ditemui. Kaedah bomoh biasa juga gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku? - Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak. -Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba’kelalan. -Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit. - Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya - Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia. - Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ. - Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya - Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak - Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan - Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise* - Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya. - Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu. Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan. Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati. Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario. Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan. Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan. Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia. Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari. 1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa’Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana – di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa. 2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini. Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia. Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu ” Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui” Jawab Jin ” Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!” Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur. 3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga – dengan panduan sistem GPS – Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin. Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin. Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Heli penyelamat terpaksa dipanggil untuk Menyelamatkannya. Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah. Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata ” Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat” Jawab Al ” Yalah..kami akan bukalah!!” ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari! 4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh..” Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?.” Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ. Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa’ Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan. Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu.. ” Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu”. 5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa’ Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya. Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja. Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb. 6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan ” Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!” Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib. Tabib memberitahu ASP Ehsan ” Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x,AyatQursi dan selawat pada RSAW. Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukanBomba – pemadam kebakaran – yang menjumpai heli itu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi. Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!! Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha. 7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ) Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui ” Mengapa lambat selamatkan kami?”.. Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram. Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar. Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih. Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab ” Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam” Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ. Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris – Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar. Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung. Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid’ah dsb – pendespatch e-mail] Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. ” Apakah Ustaz didampingi jin?” Beliau menjawab ” Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin…Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam.” Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini… Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario SKYLAB September 2004 Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato’ Muhamad. Source: MISSFARIDAH'S BLOG Edited By: Webmaster
0 Comments
Kisah Seram Jalan Lama Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland. 1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta. 2.Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”. 3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus…. 4.Kereta Misteri KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu. “Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut! Antara Kisah Di Jalan / Lebuh raya Karak 1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas). 2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram! 3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.. 4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang.. 5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa. Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap. 6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur! Edited By: Webmaster Setiap sekolah di malaysia mempunyai kisah paranormal yang tersendiri. Begitu juga dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Julau yang mempunyai kisah paranormal yang tersendiri. Kisah ini saya dengar daripada beberapa orang yang bersekolah di sana. Antara kisahnya adalah,
Pada tahun 80-90an, pelajar perempuan berumur 17tahun didapati mengandung anak luar nikah di sekolah tersebut. Untuk mengelakkan dirinya dimarahi oleh kedua-dua ibu bapa, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri di tandas pada waktu tengah malam. Selepas perbuatan terkutuk dia diketahui oleh orang tuanya, bapanya mengambil keputusan untuk mencari dan membunuh teman lelakinya.Beberapa hari kemudian, teman lelaki si perempuan tersebut telah dibunuh oleh bapanya. Selepas kejadian tersebut, pelajar yang bersekolah di sana sering kali melihat kelibat budak perempuan tersebut terutamanya di kawasan asrama perempuan. Mereka juga telah melihat budak perempuan tersebut memakai pakaian tradisional kaum iban iaitu ngepan. Kelibat anak kecil yang sering berlari-lari di kawasan sekolah juga turut ternampak oleh pelajar sekolah tersebut.Pernah terjadi apabila semasa pelajar sekolah berada di tandas perempuan, mereka turut ternampak sehelai kain putih terbang. Kerusi di asrama juga telah bergerak dengan sendiri. Sehingga kini saya dikabarkan bahawa kejadian paranormal ini masih berlaku di sekolah tersebut. Inilah sahaja info yang saya terima dan jika sesiapa yang ingin menambah info yang sahih bolehlah menghubungi saya.Saya tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang telah saya perolehi daripada beberapa orang sumber. Source : Student from SMK Julau Publish by: Webmaster Kisah Satu: Biji Mata Celah Siling
Ni kisah benar yang terjadi kat aku sendiri 19 tahun setengah yang lalu. Masa tu, atuk aku masih hidup lagi. Masa tu, kem polis (tempat aku tinggal) dan Kampung Astana Lama (lokasi rumah atuk, sekarang dah jadi area Masja) terletak berdekatan jadi kitorang selalu ke situ dengan berjalan kaki. Suatu hari, parent aku decide nak tidur semalam dua kat rumah atuk. Memandangkan kitorang memang close ngan atuk dan nenek jadi kitorang tak kisah nak stay berapa lama pun. Untuk malam pertama kitorang bermalam kat situ, aku nak tidur sebelah atuk aku. Tau pulak kakak aku mengalah, biasanya dia yang menang. So, tidurlah aku bersama atuk dan nenek (actually, nenek tidur kat tepi katil antik dengan tilam kekabu dia). Malan tu, aku rasa macam tak ada perasaan untuk tidur, aku masih kecik masa tu. Untuk beberapa jam, aku just tengok muka atuk aku dan tarik kulit kendur kat hujung siku dia (tak tau apa pasal). Kemudian, aku dongak ke arah siling, konon nak kira bape ekor anak biri melumpat pagar. Tapi sesungguhnya, bukan anak biri yang aku nampak, tapi bijik mata besar dan bulat tengah merenung aku kat celah siling yang belum dibaiki. Untuk beberapa saat, aku main mata dengan bijik mata itu sambil bercakap sendiri, "besarnya bijik mata ni, mata manusia ke?". Setelah puas bermain mata dengan bijik mata, aku berbisik kat telinga atuk dan cakap, "pak nek, ada bijik mata kat atas atap" dan tiba-tiba!---atuk aku tutup mata aku dan cakap, "tidur..." Esok, bila aku bangun aku bagitau mak ada bijik mata yang tengok aku malam semalam. Mak aku kata, "la, bijik mata cicak tu." Aku balas balik, "bijik mata cicak kecik...yang tu besar." Terus mak aku terdiam dan tak cakap apa2. Sekarang, baru la aku tau bijik mata tu kepunyaan makhluk kecik pendek...aku rasa korang tau makhluk apakah itu dan tau apa pasal ada crita makhluk pendek kat area Masja. Kisah Dua: Bilik yang Dilarang Masuk dan Pelajar Hostel yang Misteri. Kisah ni dikutip dari kakak aku masa dia jadi student kat salah satu maktab perguruan di Sarawak. Aku tak boleh mention nama demi menjaga keharmonian institusi tersebut. Masa tu, tahun 2001 kalu tak silap. Maktab tu antara maktab lama di Sarawak dan terkandung 1001 kisah suka duka pelajar maktab pada zaman dahulu. Kisah pertama; bilik yang dilarang masuk. Setiap maktab akan ada hari untuk pembersihan kawasan kediaman. Tahun tersebut merupakan tahun di mana maktab tersebut terpilih untuk jadi tuan rumah majlis sukan. Seluruh bilik hostel dibuka bagi menyambut pelajar yang bakal bertanding, termasuklah sebuah bilik. Bilik tu tak pernah dibuka sejak sekian lama dan tak pernah diusik pun. Jadi, kakak aku dan member dia assume bilik tu kotor. Tapi, diorang takut nak bersihkan. Walau bagaimanapun, bila pintu bilik tu dibuka, diorang dapati bilik tu sangat bersih, masih ada cadar katil, bantal, buku2 yang tersusun rapi, dan penyangkut pakain kat dinding. Takde secalit debu pun kat lantai, apatah lagi kat buku. Pelik, siapa yang bersihkan?--itu la persoalan kat dalam otak diorang. Then, sorang member kakak aku ambik penyidai pakaian bilik tu sebab dia assume dia boleh ambik barang lama tu, tapi dia silap. Rupa2nya, bilik tu masih dihuni oleh seorang pelajar, yang mati gantung diri kat kipas siling lepas dia tahu dia pregnant dan pakwe dia larik tanak bertanggungjawab. Dikatakan, pelajar pompuan tu menyimpan dendam kat lelaki tu menyumpah lelaki tu sebelum mati (apa yang dia sumpah tu aku tak tau). Dek sebab takut, member kakak aku hantar la balik penyidai tu dengan bersusah payah (sebab pintu bilik tetiba terkunci dan bilik jadi gelap). Selang beberapa hari lepas tu, terdengar bunyi orang sapu sampah dan bersihkan bilik pada waktu malam, padahal takde orang pun dalam tu. Kemudian, pelajar maktab lain berbangsa Cina pun check in dalam bilik tu untuk majlis sukan dan dah diingatkan pasal cerita tu oleh pihak maktab. Syukur, pelajar tersebut ikut apa yang diberitahu dan selamat tak diganggu (alhamdulillah). Kisah kedua pula kisah kawan kakak aku yang study sampai lewat malam. Kemudian, pintu bilik dia diketuk, muncul seorang pelajar pompuan yang tegur dia jangan study sampai lewat malam dan lebih baik masuk tidur. Lepas tu, pelajar pompuan tu tutup pintu dan blah. Untuk seketika, kawan kakak aku tengah fikir pelajar tu budak kelas mana? Semester bape? Tak penah nampak pun sebelum ni? Dengan selambanya dia keluar dari bilik dan jenguk. Takde orang. Kemudian, dia tutup pintu dan duduk kat kerusi belajar balik. Lepas tu, baru la dia teringat cuma dia sorang je kat row tu, yang lain dah balik cuti. Kisah Ketiga: Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air. Yang ni pun berlaku kat aku, 7 tahun yang lalu. Masa tu aku join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas. Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata telepuk layu dan mengigau cari bantal, kitorang (aku dan Hajar, kawan aku) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi aku terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik aku, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi aku terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je...cis). Jadi, aku pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah aku. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Aku biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi aku malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, aku mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Aku pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan aku yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan aku mandi, aku tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab aku tiba2 rasa musykil). Tapi kawan aku kata lantai bilik air kering dan pandang muka aku dengan wajah konpius. Jadi, adalah lebih baik aku tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu. Kisah Keempat: Perempuan Kampung Sourabaya. Ini kisah hot masa aku masih sekolah, zaman Form 1-2 macam tu. Masa tu heboh kisah pompuan dari Kampung Sourabaya. Kampung Sourabaya ni bukannya terletak kat Surabaya, Indonesia. Kampung ni kira kampung terkenal kat Kuching, seangkatan dengan Kampung Boyan, Gersik, Panglima Seman, Semarang, Bintawa etc. Jadi, kisah tu bermula dari kisah lelaki yang balik lewat malam naik motosikal lalu kat area Jalan Malindo (dulu jalan situ sempit, roundabout pun tak besar, tol pun belum wujud). Kat area tu, ada la pompuan mintak tumpang naik ke Kampung Sourabaya. Ramai lelaki yang terpedaya, jadi ramai yang kasi tumpang. Sampai je kat kampung tu, pompuan tu akan ghaib. Waktu malam diorang tak perasan sangat tapi bila siang, baru la diorang perasan kat satu area tanjung tu terletaknya tanah perkuburan Islam. Kisah Kelima: Kak Ponti Datang Menziarah. Ini pun kisah masa aku sekolah menengah dulu-dulu, dikatakan ada kak ponti (korang tau kan? jadi tak payah la aku sibuk nak explain apakah makna ponti itu). Dikatakan dari mulut ke mulut, telinga ke telinga tokok tambah darab bahagi, kak ponti tu telah menyerang Kampung Boyan. Jadi budak Kampung Boyan ketakutan tak berani keluar rumah. Malam Jumaat seterusnya, kak ponti kelihatan di atas atap rumah orang Kampung Gersik. Macam tu la seterusnya, kat kampung itu, kat kampung ini dan sepanjang malam mengilai macam nak gila. Mamat motor jadi ahli surau, minah jalan pulak mengaji siang malam. Kesahihan tu tak dapat nak dipastikan tapi sepanjang aku sekolah kat situ (exclude masa Form 6 dua tahun), kisah tu berulang setiap tahun pada pertengahan tahun. Sekarang aku dah tak sekolah lagi jadi aku tak tahu sama ada kisah tu masih ada atau dah ada jalan penyelesaiannya. Actually, bagus juga bila kak ponti datang menziarahi...surau yang sepi itu menjadi berseri-seri dengan kehadiran pemuda dan pemudi...tak gitu? Kisah Keenam: Pisau jadi Berus Gigi Yang ni kisah dari sebuah asrama sekolah agama yang berlainan, kisah dari kawan aku bernama Aisah. Orangnya baik dan sangat bersifat 'Nur Kasih'. Menurut cerita kawan aku dan aku imbas kembali dari ingatan yang samar, kisah tu bermula dari seorang pompuan yang nak ke tandas untuk bersihkan muka dan gosok gigi sebelum tidur. Kawan sebilik dia kata kejap lagi dia ikut ke tandas. Maka pompuan tu pun pergi la ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, dia nampak ada kawan dia khusyuk gosok gigi. Dia pun menyapa, "ai, kau gosok gigi lagi cepat dari aku" dengan nada bergurau. Tanpa menyedari apa2, dia pun bercerita itu ini dengan bahagia dan gembira hendaknya...sampai la dia perasan blood dripping kat lantai. Perlahan-lahan, dia follow up tengok blood tu datangnya dari mana, dan akhirnya dia perasan kawan dia tengah gosok gigi guna pisau. So, dia pun kata (sambil berzikir bayangkan tasbih)... "ah, aku nak balik bilik dulu lah...". Dia tahu itu bukan kawan dia. Tapi, bila pompuan tu dah niat nak angkat kaki, pompuan yang tengah blood dripping pun berkata, "kau dah tahu aku siapa kan?". Apa lagi, pompuan tu pun cabut lari! Actually, kisah pisau jadi berus gigi ni femes kat asrama sekolah, kecuali sekolah aku. Sekolah aku ada cerita lain. Kisah Ketujuh: Pak Tua Keliling Padang dan Nyanyian atas Bumbung sekolah. Aku duduk di hostel sekolah tak lama sebenarnya. Cuma 8 bulan, baki 2 bulan tu aku cabut lari sebab stres (ngan kawan lelaki aku yang kurang beradab, tak kena layan ngan kawan baik sendiri-salah aku kot sebab tak pay attention kat dia, budak hostel main bola sepak dalam bilik-kasi aku naik hangin, dan tak boleh study sebab asyik ada perjumpaan ngan warden-sakit hati sebab konfem gagal paper Ekonomi). Tapi, bukan cerita tu yang aku nak cakap. Kisah pak tua keliling padang tu sebenarnya kisah senior aku, kawan kakak aku. Kata dia, masa dia duduk di hostel selama 7 tahun (Form 1- Upper 6), ada urban legend mengenai ksiah pak tua takde kepala keliling padang bola sepak yang berdepan dengan hostel budak lelaki 7 kali dan berhenti tepat2 kat tengah. Lepas tu hilang. Kisah pak tua ni memang terkenal dan bukan benda main2. Pak tua tu memang wujud. Pihak sekolah yang prihatin akan masalah tu telah mencuba kaedah Islam dan selepas tu, kisah pak tua tu hilang bersama pembangunan sekolah. Pak tua itu dikatakan askar Jepun kalah perang (actually tapak sekolah aku memang bekas tapak perang) tapi memandangkan pak tua tu takde kepala so takde bukti nak kata pak tua tu bermuka Jepun atau bermuka Western. Pasal nyanyian atas bumbung sekolah, yang itu pasal kawan aku (aku panggil dia Ida). Dia memang sangat suka menyanyi lagu Siti Nurhaliza tak kira siang atau malam. Even lepas solat dia terus nyanyi apa je lagu yang terlintas kat dalam kepala. Kata budak bilik aku, kisah tu terjadi setahun sebelum aku masuk hostel. Ida yang sangat suka menyanyi tu duduk berehat waktu malam kat atas koridor tingkat tiga (tingkat paling atas lalu menyanyi lagu irama tradisional sambil sikat rambut dia yang panjang mengurai tu). Malam seterusnya, diorang dah nampak kelibat sebijik macam kawan aku tapi itu bukan Ida. Kawan aku balik kampung masa tu. Lepas tu, aku dengar dari budak hostel lain yang Ida kena warning, tak boleh menyanyi macam tu lagi. So yang ni maybe tak urban sangat kot.. Kisah Kelapan: Jangan Letak Beg atas Loker Anda! Yang ini amaran pertama yang aku terima dari warden sekolah dan budak sebilik ngan aku. Aku, yang pada mulanya tak tahu apa pasal- kenapa, bagaimana, mengapa, apa dan bila, pulak boleh letak beg dengan selamba atas loker. Satu bilik tak kasi aku dan kawan aku buat macam tu...maklumlah aku dan kawan aku tu orang baru, mana tau. Lepas tu, budak bilik aku kasi tu masa Ara (budak Form 3 yang sebilik dengan aku) baru datang dari Miri jadi dia letak beg atas loker (kebetulan dia duduk katil atas double decker jadi dia ingat senang la letak barang dekat dengan tempat tidur dia). Malam tu, diorang dengar bunyi orang sepak terajang jalan seret2 dan hentak hempuk kat semua loker, satu bilik jadi ketakutan. Esok pagi, Ara terus campak beg dia dalam almari baldi. Malam seterusnya, bunyi tu dah takde lagi. Aku yang kecut perut sambil pandang memandang kat kawan aku tu terus simpan beg dalam loker sendiri dan tidur dengan berdebar-debar pada malam pertama kat hostel. Walaupun aku tak tahu sama ada kisah tu kisah benar atau tidak, aku tak nak ambik risiko. Lagipun, satu blok bercakap benda yang sama so lebih baik mengembek bila orang lain mengembek. (p/s: ramai jugak asrama sekolah tak benarkan pelajar letak beg atas loker..mungkinkah disebabkan alasan yang sama?) Kisah sembilan: Main Spirit of the Coin. Korang tau game papan Ouija? Papan tu guna duit syiling untuk panggil roh dan bercakap dengan roh tu. Permainan Spirit of the Coin ni lebih kurang macam Ouija, femes pada era 90-an bagi budak2 sekolah. Kemudian, kefemesan tu mempengaruhi budak sekolah rendah, dan kawan kakak aku try main game tu sebelum mula kelas fardu ain (kalu tak silap). Itu pun sebab curious nak tau betul ke game ni boleh panggil spirit? Kakak aku tak join sekali, dia menjauhkan diri dari diorang sebab kakak aku bukan jenis orang kuat semangat. So, bebudak sekolah rendah tu pun main Spirit of the Coin dengan bersungguh-sungguh. Pada awalnya takde apa2 yang terjadi so diorang gelak2 tak percaya dan try lagi. Padan muka diorang, salah seorang kena rasuk, terpaksa mintak tolong cikgu. Sebenarnya, fungsi Spirit of the Coin dan Papan Ouija tu sama je. Cuma yang bezanya Spirit of the Coin guna syiling (biasanya 50 sen) dan senaraikan apa yang korang nak tanya atau tahu kat atas lantai atau meja. Selebihnya, game tu sama macam Ouija, reramai sentuh duit syiling dan panggil benda yang tak sepatutnya dipanggil. Kisah Kesepuluh: Jaga Kebersihan Anda Ketika Berada di Kem Sematan. Kem Sematan merupakan tempat cantik dan indah, tempat wajib untuk senior sekolah aku jalani aktiviti gempur motivasi untuk sekian lamanya-tradisi sekolah turun temurun. Kakak aku pernah ke situ (balik rumah terus demam2), kakak aku yang second pun pernah ke situ (orangnya berani so beliau balik dengan gagah) dan aku pun pernah jugak ke situ (aku balik dengan penyakit gatal kulit sebab jadi penyu kat pantai). Dipendekkan cerita, chalet kediaman kitorang ni ditumpang oleh beberapa student pompuan lain yang agak kurang bersih sifatnya. Tak boleh salahkan diorang jugak, budak satu hostel aku pun pengotor, ramai yang datang bulan tapi tak reti nak bersihkan elok2 (dengan alasan rushing jadi tak sempat nak cuci spender sendiri). Aku, yang jugak masa tu dalam tempoh bulan Jepun, aku teringat pesan cikgu dan warden chalet yang ingatkan pelajar pompuan pasal kebersihan. Jadi aku cakap la, jangan la pengotor sangat. Tapi diorang dengar tak dengar je nasihat aku. Suatu pagi, cikgu aku dah sound menyalak dengan pembesar suara, kasi budak bangun dan solat Subuh. Aku yang masih cuti2 Malaysia masa tu pun join budak non muslim yang rest kat satu rumah, kat situ diorang buat acara Christian Fellowship (nyanyi Puji Tuhan sambil main gitar). Before aku nak kunci pintu chalet, kawan aku 2 orang (non muslim) tak kasi, diorang cakap ada budak pompuan free hair pakai baju lengan panjang macam kitorang masuk dalam tandas. Aku kata aku tak nampak. Kitorang pun argue pasal tu dan akhirnya decide tengok dalam tandas. Aku bukak pintu satu2, tengok kolah, tengok bilik shower tapi xde orang. Lepas tu kitorang saling memandang (dah faham lagi mengerti akan situasi tersebut). Apalagi? Kitorang pun blah dan bila habis aktiviti petang, kitorang bawak baldi, mop, penyapu dan kain buruk. Sudah tiba masanya untuk kitorang menjaga kebersihan seperti yang sepatutnya. Source:Peel it! Life is More Than an Onion. Edited By: Webmaster Setiap kali berlaku tragedi di Sarawak ia pasti akan mendapat tumpuan 1 Malaysia. Seperti yang kita ketahui Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia dan sudah pastinya banyak tempat-tempat yang penuh mistik.
Tragedi bot karam yang berlaku di Belaga/Kapit telah menceritakan segala-galanya bahawa ia bukan sekadar tragedi tetapi tragedi yang berlawanan dengan minda kita sebagai seorang manusia. Menurut salah seorang bomoh yang terkenal di Sarawak (Nama dirahsiakan) tragedi itu sebenarnya dimanupulasikan oleh makhluk halus sehingga kerja-kerja mencari mangsa dan mengapungkan bot espress Kawan Mas menemui jalan yang buntu. Kisah mistik bot karam di Belaga/Kapit adalah sebahagian cerita mistik untuk rakyat Sarawak. Banyak lagi kisah-kisah tragedi yang melibatkan mistik contohnya Tragedi helikopter yang terhempas di Bakalalan sehingga bomoh terpaksa dipanggil bagi mencari helikopter yang terhempas itu. Seperti yang kita tahu operasi mencari helikopter melibatkan masa yang lama kerna ia dikatakan disebumbunyikan oleh Jin dari pandangan mata manusia. Alhamdulilah dengan bantuan bomoh tersebut, akhirnya bangkai helikopter itu berjaya ditemui. Begitu juga dengan tragedi-tragedi buaya-buaya di Sungai Sarawak menganas dan membaham mangsa. Bomoh juga terpaksa diperlukan untuk menyeru buaya itu timbul kerna buaya-buaya di Sarawak bukan sebarang buaya. Itulah sebahagian cerita mistik apa yang berlaku di Sarawak. Mudah-mudahan di masa depan tiada lagi tragedi yang berlaku. Namun jika berlaku juga, kita terpaksa menerima juga kerna hidup ini penuh misteri dan mistik. Source: Kamek Miak Sarawak Edited By Webmaster Bila ditanya masyarakat Sarawak (khususnya Kuching) mengenai hantu, yang paling popular sekali adalah Hantu Janet. Hantu Janet adalah hantu yang kecoh menganggu penduduk Kucing (sehingga kini juga masih ada kes-kes yang direkodkan). Sungguhpun demikian, asal-usul Hantu janet ini mempunyai banyak versi. Di sini kita ceritakan versi yang pertama.
Kisah Hantu Janet mula muncul di Sarawak sekitar tahun 70an. Janet adalah seorang gadis cina yang hilang dipercayai diculik sekitar penghujung 60an atau awal 90an. Janet dipercayai bekerja sebagai jururawat di hospital umum kuching.Ada juga sumber-sumber menyatakan Janet adalah anak kepada salah seorang doktor yg bertugas di Hospital Umum. Satu Kuching heboh mengenai kes culik yg semakin berleluasa pada masa itu dipercayai ada kaitan dengan pembinaan jambatan Satok.Kepala orang yg diculik akan dipengal utk dijadikan semah kepada penunggu yg sering menghalang pembinaan jambatan Satok. Bila-bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah, bermakna penunggu meminta korban untuk di-semah. Maka mereka-mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang kongkrit) Cerita mengenai hantu Janet mulai hangat apabila penduduk kampung disekitar Bandaraya Kuching dari Bintagor ke Kudei hidup dalam ketakutan kerana mereka sering terserempak dengan seorang wanita yang berbaju merah, berkasut merah dan membawa payung berwarna merah juga. Wanita itu sering merayau-rayau di dalam kampung untuk menarik perhatian golongan lelaki khususnya untuk diajak menonton wayang. Janet semasa hayatnya dipercayai suka menonton wayang midnight. Sering kali pekerja di panggung wayang menerima kehadiran seorang wanita berbaju serba merah pada waktu tengah malam untuk menonton wayang. Wang yg diberikan bertukar menjadi daun atau duit cina mati pada keesokkan harinya. Hantu Janet menjadi satu fenomena misteri yang sangat ditakuti, sehingga penduduk-penduduk Kuching sampai enggan menyebut namanya. Jika disebut, maka hantu Janet pasti akan menganggu mangsa tersebut di waktu malam. Source: Wujud Paranormal Team (WPT) Official Facebook Edited By: Webmaster Versi #1 –
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya. Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri. Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya. Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni. Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Source: Wujud Paranormal Team (WPT) Blog Edited By: Webmaster Aparment Riviera menempatkan palajar-pelajar asrama daripada beberapa buah universiti dan kolej swasta pada tahun 90an .Pada awal penempatan semuanya kelihatan racak dengan pelbagai aktiviti pembelajaran dan keagamaann. Kolam renang juga menjadi tumpuan utama penghuni bangunan tersebut
Keadaan mula beruba apabila, khabar angin tersebar bahawa aktiviti maksiat rancak di lakukan di bangunan ini. Satu demi satu kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut Salah satu kejadian mesteri yang paling popular diceritakan adalah, di kawasan lift bangunan tersebut Ramai pelajar menemukan entiti yang mengerikan ketika berada di dalam lift. Butang lift pula akan menyala dengan sendirinya lantas berhenti di tingkatx2 yang tidak berpenghuni. Majoriti daripada penghuni apartment tidak mahu menggunakan lift pada waktu malam, namum mereka tiada pilihan lain, Jika menaiki tangga pula , mreka akan terserempak dengan makluk lain, Kejadian mistik yang berlaku, menimbulkan rasa takut dan gementar buat penghinu di apartment Rivierahan. Mereka yang tidak tahan dengan gangguan tersebut, telah pun berpindah ke tempat lain sehinggalah jumlah penghuni semakin berkurangan Penyeleggaraan bagunan di abaikan. Kolam renang yang dahulunya menjadi tumpuan ramai, semakin keruh airnya, Pada satu hari, timbul pula kejadian salah seorang pelajar perempuan terjun dari tingkat lima kerana di rasuk suara aneh yang memintanya berbuat demikian Source: Wujud Paranormal Team (WPT) Blog Edited By: Webmaster |