Kisah Satu: Biji Mata Celah Siling
Ni kisah benar yang terjadi kat aku sendiri 19 tahun setengah yang lalu. Masa tu, atuk aku masih hidup lagi. Masa tu, kem polis (tempat aku tinggal) dan Kampung Astana Lama (lokasi rumah atuk, sekarang dah jadi area Masja) terletak berdekatan jadi kitorang selalu ke situ dengan berjalan kaki. Suatu hari, parent aku decide nak tidur semalam dua kat rumah atuk. Memandangkan kitorang memang close ngan atuk dan nenek jadi kitorang tak kisah nak stay berapa lama pun. Untuk malam pertama kitorang bermalam kat situ, aku nak tidur sebelah atuk aku. Tau pulak kakak aku mengalah, biasanya dia yang menang. So, tidurlah aku bersama atuk dan nenek (actually, nenek tidur kat tepi katil antik dengan tilam kekabu dia). Malan tu, aku rasa macam tak ada perasaan untuk tidur, aku masih kecik masa tu. Untuk beberapa jam, aku just tengok muka atuk aku dan tarik kulit kendur kat hujung siku dia (tak tau apa pasal). Kemudian, aku dongak ke arah siling, konon nak kira bape ekor anak biri melumpat pagar. Tapi sesungguhnya, bukan anak biri yang aku nampak, tapi bijik mata besar dan bulat tengah merenung aku kat celah siling yang belum dibaiki. Untuk beberapa saat, aku main mata dengan bijik mata itu sambil bercakap sendiri, "besarnya bijik mata ni, mata manusia ke?". Setelah puas bermain mata dengan bijik mata, aku berbisik kat telinga atuk dan cakap, "pak nek, ada bijik mata kat atas atap" dan tiba-tiba!---atuk aku tutup mata aku dan cakap, "tidur..." Esok, bila aku bangun aku bagitau mak ada bijik mata yang tengok aku malam semalam. Mak aku kata, "la, bijik mata cicak tu." Aku balas balik, "bijik mata cicak kecik...yang tu besar." Terus mak aku terdiam dan tak cakap apa2. Sekarang, baru la aku tau bijik mata tu kepunyaan makhluk kecik pendek...aku rasa korang tau makhluk apakah itu dan tau apa pasal ada crita makhluk pendek kat area Masja. Kisah Dua: Bilik yang Dilarang Masuk dan Pelajar Hostel yang Misteri. Kisah ni dikutip dari kakak aku masa dia jadi student kat salah satu maktab perguruan di Sarawak. Aku tak boleh mention nama demi menjaga keharmonian institusi tersebut. Masa tu, tahun 2001 kalu tak silap. Maktab tu antara maktab lama di Sarawak dan terkandung 1001 kisah suka duka pelajar maktab pada zaman dahulu. Kisah pertama; bilik yang dilarang masuk. Setiap maktab akan ada hari untuk pembersihan kawasan kediaman. Tahun tersebut merupakan tahun di mana maktab tersebut terpilih untuk jadi tuan rumah majlis sukan. Seluruh bilik hostel dibuka bagi menyambut pelajar yang bakal bertanding, termasuklah sebuah bilik. Bilik tu tak pernah dibuka sejak sekian lama dan tak pernah diusik pun. Jadi, kakak aku dan member dia assume bilik tu kotor. Tapi, diorang takut nak bersihkan. Walau bagaimanapun, bila pintu bilik tu dibuka, diorang dapati bilik tu sangat bersih, masih ada cadar katil, bantal, buku2 yang tersusun rapi, dan penyangkut pakain kat dinding. Takde secalit debu pun kat lantai, apatah lagi kat buku. Pelik, siapa yang bersihkan?--itu la persoalan kat dalam otak diorang. Then, sorang member kakak aku ambik penyidai pakaian bilik tu sebab dia assume dia boleh ambik barang lama tu, tapi dia silap. Rupa2nya, bilik tu masih dihuni oleh seorang pelajar, yang mati gantung diri kat kipas siling lepas dia tahu dia pregnant dan pakwe dia larik tanak bertanggungjawab. Dikatakan, pelajar pompuan tu menyimpan dendam kat lelaki tu menyumpah lelaki tu sebelum mati (apa yang dia sumpah tu aku tak tau). Dek sebab takut, member kakak aku hantar la balik penyidai tu dengan bersusah payah (sebab pintu bilik tetiba terkunci dan bilik jadi gelap). Selang beberapa hari lepas tu, terdengar bunyi orang sapu sampah dan bersihkan bilik pada waktu malam, padahal takde orang pun dalam tu. Kemudian, pelajar maktab lain berbangsa Cina pun check in dalam bilik tu untuk majlis sukan dan dah diingatkan pasal cerita tu oleh pihak maktab. Syukur, pelajar tersebut ikut apa yang diberitahu dan selamat tak diganggu (alhamdulillah). Kisah kedua pula kisah kawan kakak aku yang study sampai lewat malam. Kemudian, pintu bilik dia diketuk, muncul seorang pelajar pompuan yang tegur dia jangan study sampai lewat malam dan lebih baik masuk tidur. Lepas tu, pelajar pompuan tu tutup pintu dan blah. Untuk seketika, kawan kakak aku tengah fikir pelajar tu budak kelas mana? Semester bape? Tak penah nampak pun sebelum ni? Dengan selambanya dia keluar dari bilik dan jenguk. Takde orang. Kemudian, dia tutup pintu dan duduk kat kerusi belajar balik. Lepas tu, baru la dia teringat cuma dia sorang je kat row tu, yang lain dah balik cuti. Kisah Ketiga: Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air. Yang ni pun berlaku kat aku, 7 tahun yang lalu. Masa tu aku join satu aktiviti peringkat kebangsaan dan kami ditempatkan kat sebuah maktab perguruan yang femes di Sarawak (nama dirahsiakan). Untuk pelajar pompuan sekolah kami dan tiga sekolah yang lain, kitorang ditempatkan di sebuah hostel lama yang berdepan dengan padang berkumpul. Wah~ kitorang hepi sangat sebab kat situ la makanan diedar dan bas ambik kitorang, jadi tak payah susah2 kejar bas. Nak dipendekkan cerita, malam ke-3 atau ke-4 kalu tak silap, kitorang berlatih untuk hari merdeka sampai lewat malam. Kitorang naik bas pertama yang datang pada pukul 12:30. Jalan masa tu sunyi sangat jadi bas tu pecut laju giler sampai ke maktab. Dengan mata telepuk layu dan mengigau cari bantal, kitorang (aku dan Hajar, kawan aku) pun naik tingkat satu, buka suis, tuka baju lalu terus tidur. Aku tak sedar berapa lama aku tidur tapi aku terdengar bunyi alarm clock dari henpon kawan sebilik aku, Appy yang tidur kat katil ke-3 kalu tak silap. Appy selalu set jam pukul 2 pagi jadi aku terus bangun dalam keadaan separuh sedar dan bergegas nak ke tandas. Biasanya, waktu macam tu budak pompuan sekolah lain yang duduk tingkat bawah dah sapu semua bilik air dan tak kasi peluang untuk kitorang mandi (dah la tak senonoh, jalan pakai spender je...cis). Jadi, aku pun pergi la kat tingkat bawah dengan baldi merah aku. Entah apa pasal, hari ni tak ramai pulak yang rushing. Cuma ada beberapa bilik air yang ada orang tengah mandi. Aku biasanya mandi dalam tandas sebab boleh kencing berak semua sekali jadi aku malas la nak kisah pasal bilik air. Tapi pagi tu, aku mandi agak cepat. Tak sampai 10 minit pun. Aku pun tak berak pagi macam biasa. Sampai je kat bilik, Appy dan Hajar pergi ke bawah, tinggallah kawan aku yang lagi sorang masih tidur tak bangun2. Habis je kawan aku mandi, aku tanya, siapa yang mandi dalam bilik air berdepan dengan pintu masuk (sebab aku tiba2 rasa musykil). Tapi kawan aku kata lantai bilik air kering dan pandang muka aku dengan wajah konpius. Jadi, adalah lebih baik aku tak tau sapa yang mandi seangkatan dengan aku pada pagi tu. Kisah Keempat: Perempuan Kampung Sourabaya. Ini kisah hot masa aku masih sekolah, zaman Form 1-2 macam tu. Masa tu heboh kisah pompuan dari Kampung Sourabaya. Kampung Sourabaya ni bukannya terletak kat Surabaya, Indonesia. Kampung ni kira kampung terkenal kat Kuching, seangkatan dengan Kampung Boyan, Gersik, Panglima Seman, Semarang, Bintawa etc. Jadi, kisah tu bermula dari kisah lelaki yang balik lewat malam naik motosikal lalu kat area Jalan Malindo (dulu jalan situ sempit, roundabout pun tak besar, tol pun belum wujud). Kat area tu, ada la pompuan mintak tumpang naik ke Kampung Sourabaya. Ramai lelaki yang terpedaya, jadi ramai yang kasi tumpang. Sampai je kat kampung tu, pompuan tu akan ghaib. Waktu malam diorang tak perasan sangat tapi bila siang, baru la diorang perasan kat satu area tanjung tu terletaknya tanah perkuburan Islam. Kisah Kelima: Kak Ponti Datang Menziarah. Ini pun kisah masa aku sekolah menengah dulu-dulu, dikatakan ada kak ponti (korang tau kan? jadi tak payah la aku sibuk nak explain apakah makna ponti itu). Dikatakan dari mulut ke mulut, telinga ke telinga tokok tambah darab bahagi, kak ponti tu telah menyerang Kampung Boyan. Jadi budak Kampung Boyan ketakutan tak berani keluar rumah. Malam Jumaat seterusnya, kak ponti kelihatan di atas atap rumah orang Kampung Gersik. Macam tu la seterusnya, kat kampung itu, kat kampung ini dan sepanjang malam mengilai macam nak gila. Mamat motor jadi ahli surau, minah jalan pulak mengaji siang malam. Kesahihan tu tak dapat nak dipastikan tapi sepanjang aku sekolah kat situ (exclude masa Form 6 dua tahun), kisah tu berulang setiap tahun pada pertengahan tahun. Sekarang aku dah tak sekolah lagi jadi aku tak tahu sama ada kisah tu masih ada atau dah ada jalan penyelesaiannya. Actually, bagus juga bila kak ponti datang menziarahi...surau yang sepi itu menjadi berseri-seri dengan kehadiran pemuda dan pemudi...tak gitu? Kisah Keenam: Pisau jadi Berus Gigi Yang ni kisah dari sebuah asrama sekolah agama yang berlainan, kisah dari kawan aku bernama Aisah. Orangnya baik dan sangat bersifat 'Nur Kasih'. Menurut cerita kawan aku dan aku imbas kembali dari ingatan yang samar, kisah tu bermula dari seorang pompuan yang nak ke tandas untuk bersihkan muka dan gosok gigi sebelum tidur. Kawan sebilik dia kata kejap lagi dia ikut ke tandas. Maka pompuan tu pun pergi la ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, dia nampak ada kawan dia khusyuk gosok gigi. Dia pun menyapa, "ai, kau gosok gigi lagi cepat dari aku" dengan nada bergurau. Tanpa menyedari apa2, dia pun bercerita itu ini dengan bahagia dan gembira hendaknya...sampai la dia perasan blood dripping kat lantai. Perlahan-lahan, dia follow up tengok blood tu datangnya dari mana, dan akhirnya dia perasan kawan dia tengah gosok gigi guna pisau. So, dia pun kata (sambil berzikir bayangkan tasbih)... "ah, aku nak balik bilik dulu lah...". Dia tahu itu bukan kawan dia. Tapi, bila pompuan tu dah niat nak angkat kaki, pompuan yang tengah blood dripping pun berkata, "kau dah tahu aku siapa kan?". Apa lagi, pompuan tu pun cabut lari! Actually, kisah pisau jadi berus gigi ni femes kat asrama sekolah, kecuali sekolah aku. Sekolah aku ada cerita lain. Kisah Ketujuh: Pak Tua Keliling Padang dan Nyanyian atas Bumbung sekolah. Aku duduk di hostel sekolah tak lama sebenarnya. Cuma 8 bulan, baki 2 bulan tu aku cabut lari sebab stres (ngan kawan lelaki aku yang kurang beradab, tak kena layan ngan kawan baik sendiri-salah aku kot sebab tak pay attention kat dia, budak hostel main bola sepak dalam bilik-kasi aku naik hangin, dan tak boleh study sebab asyik ada perjumpaan ngan warden-sakit hati sebab konfem gagal paper Ekonomi). Tapi, bukan cerita tu yang aku nak cakap. Kisah pak tua keliling padang tu sebenarnya kisah senior aku, kawan kakak aku. Kata dia, masa dia duduk di hostel selama 7 tahun (Form 1- Upper 6), ada urban legend mengenai ksiah pak tua takde kepala keliling padang bola sepak yang berdepan dengan hostel budak lelaki 7 kali dan berhenti tepat2 kat tengah. Lepas tu hilang. Kisah pak tua ni memang terkenal dan bukan benda main2. Pak tua tu memang wujud. Pihak sekolah yang prihatin akan masalah tu telah mencuba kaedah Islam dan selepas tu, kisah pak tua tu hilang bersama pembangunan sekolah. Pak tua itu dikatakan askar Jepun kalah perang (actually tapak sekolah aku memang bekas tapak perang) tapi memandangkan pak tua tu takde kepala so takde bukti nak kata pak tua tu bermuka Jepun atau bermuka Western. Pasal nyanyian atas bumbung sekolah, yang itu pasal kawan aku (aku panggil dia Ida). Dia memang sangat suka menyanyi lagu Siti Nurhaliza tak kira siang atau malam. Even lepas solat dia terus nyanyi apa je lagu yang terlintas kat dalam kepala. Kata budak bilik aku, kisah tu terjadi setahun sebelum aku masuk hostel. Ida yang sangat suka menyanyi tu duduk berehat waktu malam kat atas koridor tingkat tiga (tingkat paling atas lalu menyanyi lagu irama tradisional sambil sikat rambut dia yang panjang mengurai tu). Malam seterusnya, diorang dah nampak kelibat sebijik macam kawan aku tapi itu bukan Ida. Kawan aku balik kampung masa tu. Lepas tu, aku dengar dari budak hostel lain yang Ida kena warning, tak boleh menyanyi macam tu lagi. So yang ni maybe tak urban sangat kot.. Kisah Kelapan: Jangan Letak Beg atas Loker Anda! Yang ini amaran pertama yang aku terima dari warden sekolah dan budak sebilik ngan aku. Aku, yang pada mulanya tak tahu apa pasal- kenapa, bagaimana, mengapa, apa dan bila, pulak boleh letak beg dengan selamba atas loker. Satu bilik tak kasi aku dan kawan aku buat macam tu...maklumlah aku dan kawan aku tu orang baru, mana tau. Lepas tu, budak bilik aku kasi tu masa Ara (budak Form 3 yang sebilik dengan aku) baru datang dari Miri jadi dia letak beg atas loker (kebetulan dia duduk katil atas double decker jadi dia ingat senang la letak barang dekat dengan tempat tidur dia). Malam tu, diorang dengar bunyi orang sepak terajang jalan seret2 dan hentak hempuk kat semua loker, satu bilik jadi ketakutan. Esok pagi, Ara terus campak beg dia dalam almari baldi. Malam seterusnya, bunyi tu dah takde lagi. Aku yang kecut perut sambil pandang memandang kat kawan aku tu terus simpan beg dalam loker sendiri dan tidur dengan berdebar-debar pada malam pertama kat hostel. Walaupun aku tak tahu sama ada kisah tu kisah benar atau tidak, aku tak nak ambik risiko. Lagipun, satu blok bercakap benda yang sama so lebih baik mengembek bila orang lain mengembek. (p/s: ramai jugak asrama sekolah tak benarkan pelajar letak beg atas loker..mungkinkah disebabkan alasan yang sama?) Kisah sembilan: Main Spirit of the Coin. Korang tau game papan Ouija? Papan tu guna duit syiling untuk panggil roh dan bercakap dengan roh tu. Permainan Spirit of the Coin ni lebih kurang macam Ouija, femes pada era 90-an bagi budak2 sekolah. Kemudian, kefemesan tu mempengaruhi budak sekolah rendah, dan kawan kakak aku try main game tu sebelum mula kelas fardu ain (kalu tak silap). Itu pun sebab curious nak tau betul ke game ni boleh panggil spirit? Kakak aku tak join sekali, dia menjauhkan diri dari diorang sebab kakak aku bukan jenis orang kuat semangat. So, bebudak sekolah rendah tu pun main Spirit of the Coin dengan bersungguh-sungguh. Pada awalnya takde apa2 yang terjadi so diorang gelak2 tak percaya dan try lagi. Padan muka diorang, salah seorang kena rasuk, terpaksa mintak tolong cikgu. Sebenarnya, fungsi Spirit of the Coin dan Papan Ouija tu sama je. Cuma yang bezanya Spirit of the Coin guna syiling (biasanya 50 sen) dan senaraikan apa yang korang nak tanya atau tahu kat atas lantai atau meja. Selebihnya, game tu sama macam Ouija, reramai sentuh duit syiling dan panggil benda yang tak sepatutnya dipanggil. Kisah Kesepuluh: Jaga Kebersihan Anda Ketika Berada di Kem Sematan. Kem Sematan merupakan tempat cantik dan indah, tempat wajib untuk senior sekolah aku jalani aktiviti gempur motivasi untuk sekian lamanya-tradisi sekolah turun temurun. Kakak aku pernah ke situ (balik rumah terus demam2), kakak aku yang second pun pernah ke situ (orangnya berani so beliau balik dengan gagah) dan aku pun pernah jugak ke situ (aku balik dengan penyakit gatal kulit sebab jadi penyu kat pantai). Dipendekkan cerita, chalet kediaman kitorang ni ditumpang oleh beberapa student pompuan lain yang agak kurang bersih sifatnya. Tak boleh salahkan diorang jugak, budak satu hostel aku pun pengotor, ramai yang datang bulan tapi tak reti nak bersihkan elok2 (dengan alasan rushing jadi tak sempat nak cuci spender sendiri). Aku, yang jugak masa tu dalam tempoh bulan Jepun, aku teringat pesan cikgu dan warden chalet yang ingatkan pelajar pompuan pasal kebersihan. Jadi aku cakap la, jangan la pengotor sangat. Tapi diorang dengar tak dengar je nasihat aku. Suatu pagi, cikgu aku dah sound menyalak dengan pembesar suara, kasi budak bangun dan solat Subuh. Aku yang masih cuti2 Malaysia masa tu pun join budak non muslim yang rest kat satu rumah, kat situ diorang buat acara Christian Fellowship (nyanyi Puji Tuhan sambil main gitar). Before aku nak kunci pintu chalet, kawan aku 2 orang (non muslim) tak kasi, diorang cakap ada budak pompuan free hair pakai baju lengan panjang macam kitorang masuk dalam tandas. Aku kata aku tak nampak. Kitorang pun argue pasal tu dan akhirnya decide tengok dalam tandas. Aku bukak pintu satu2, tengok kolah, tengok bilik shower tapi xde orang. Lepas tu kitorang saling memandang (dah faham lagi mengerti akan situasi tersebut). Apalagi? Kitorang pun blah dan bila habis aktiviti petang, kitorang bawak baldi, mop, penyapu dan kain buruk. Sudah tiba masanya untuk kitorang menjaga kebersihan seperti yang sepatutnya. Source:Peel it! Life is More Than an Onion. Edited By: Webmaster
0 Comments
Leave a Reply. |