Ucapan tahniah dan syabas kepada Calon SPM 2014 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Walaubagaimanapun, Keseluruhan Keputusan SPM pada tahun ini menunjukkan penurunan berbanding tahun Sebelumnya.
0 Comments
Pengumuman Keputusan SPM 2014 akan diadakan pada 3 Mac 2015
Mentioned by Christina ( http://mylifemystorieschrissy.blogspot.com/ )
50 Facts about me 1. My name is Charles Ak Christopher 2. 18 yr old 3. I am Male 4. Was born in 05/12/1997 in Kuching General Hospital 5. I am mixed blooded person. Iban Bidayuh. 6. Ex-SPM Candidate ( SPM 2014 Candidate ) 7. Love to listening song until midnight 8. like most at century song, RNB , and other song 9. Dislike Korean movie expect ghost movie 10. Love to watch horror movie in night 11. Interest in documentaries , political and economy 12. Founder of Isu- Isu Semasa Versi Sarawak page. 13. waiting for my SPM Result in March 2015 14. Writer in my own blog and personal website 15. like to helping other 16. Always smile because laugher is the best medicine 17. Dislike to person that jealous with other succeed 18. Chicken Roasted is my fav. 19. Eating Maggi curry with Limau Kasturi 20. Milo ais is my fav. 21. Dislike " Daun Empasak ". 22. I love all colours 23. I have 3 Sibling 24. I like to invent something. 25. I love travel. 26. love eating. Goal yr 2015 is to reduce weight. 27. Hate Hater 28. I love Ricky Andrewson, Andreson Ngalai, Ricky El and Gilbert Gaung feat Jessica Timah Iban Song Album. 29. Still not very well in Mathematics subject. 30. I like Sarawak people most. 31. love Indonesia Sinetron. Current watching Cincin at Astro Ria and Sinar at Tv3. 32. I love my own style 33. Like playing Need For Speed games, Flight Stimulator. 34. Clash of Clan is my fav games 35. My goal this yr is to achieve my ambition 36. I love God 37. Addicted with "Kuaci". 38. I love all my best friend 39. I love Asam boy..... 40. My 2015 routine. Eat. On9, CoC, Sleep 41. Love cats, dogs 42. My Tiger missing since several years ago 43. I dislike animals shit... 44. Like to pinch cats.... 45. I like sushi from Christina 46. Cheese cake is my fav cake 47. My room is always untidy.. 48. Love to taking picture 49. Now i listening song 50. to release my stress Now, i would like to mention Ronald Umpi, Cyrill Maxclaire, Ronaldo and Euane. Please do 50 facts about me in English, Malay or other. Selamat Sejahtera dan Salam Perpaduan. Pada hari ini merupakan hari terakhir bagi kita menikmati tahun 2014 sebelum kita melangkah tahun baharu iaitu tahun 2015. Pada tahun 2014, pelbagai peristiwa yang telah kita hadapi. Ada peristiwa yang gembira dan ada peristiwa yang duka. Kita telah berjaya menempuhi semua peristiwa dan cabaran yang telah kita hadapi tidak kira susah dan senang serta tidak kira gagal dan berjaya asal kita telah menempuhinya.
Bagi saya, tahun 2014 ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi saya kerana pada tahun ini saya perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah saya duduki pada bulan November. Pelbagai usaha telah saya lakukan untuk untuk Peperiksaan tersebut kerana Peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan yang penting dan akan menentukan dimanakah hala tuju saya seterusnya setelah berada di Sekolah Menengah. Saya berharap usaha saya selama ini tidak sia-sia dan memberi impak yang positif terhadap keputusan yang bakal saya terima pada tahun 2015. Terdapat pelbagai peristiwa yang agak mencabar telah berlaku di Negara kita, Malaysia. Antaranya, kejadian Pesawat Malaysia MH370 yang Hilang daripada radar. Kejadian tersebut berlaku pada 8 Mac yang lalu. Pesawat tersebut telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Negara Australia, Perancis, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, China, India, Bangladesh, Pakistan, dan negara-negara lain turut tampil bersama-sama menyertai operasi Mencari dan Menyelamat SAR ( Search And Rescue ) dan membantu mencari pesawat tersebut. Sehingga kini pesawat tersebut tidak ditemui dalam sebarang bentuk isyarat dan fizikal. Setelah beberapa bulan kemudian, pesawat MH 17 telah ditembak jatuh. Pesawat milik Malaysia airline tersebut telah ditembak pada bulan julai. Semua Penumpang dan anak-anak kapal terkorban dalam trajedi MH17. Selain daripada trajedi melibatkan industri penerbangan negara kita, negara kita turut mengalami kemarau yang berpanjangan pada bulan Februari sehingga april. Catuan air terpaksa dilaksanakan demi mengelakkan pembaziran berlaku. Pada bulan Disember, Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia telah dilanda musibah banjir yang amat teruk dalam sejarah sehingga memusnahkan harta benda awam dan penduduk. Pelbagai kerajaan negeri dan pusat tanpa mengira fahaman politik turut membantu meringankan beban rakyat dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti makanan, pakaian dan wang bantuan. Pada tahun ini juga tahun yang agak menyedihkan bagi saya kerana pada bulan Julai datuk saya telah meninggal dunia. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2014. Kehilangan beliau meninggalkan kesan terhadap kami sekeluarga. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang tidak akan saya lupakan untuk tahun 2014 ini. Azam saya untuk tahun 2015 ini adalah semoga pencarian pesawat MH370 dapat dipermudahkan dan Semoga saya mendapat gred cemerlang dalam Keputusan SPM 2015 serta Berjaya dalam hidup. Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, saya ingin bersimpati ke atas trajedi yang menimpa Pesawat AirAsia QZ8501 yang telah hilang dari radar pada 28 Disember 2014 dan telah ditemui semula pada 30 disember 2014 dalam keadaan yang amat menyayat hati. Saya mengucapkan takziah kepada waris penumpang dan anak-anak kapal pesawat QZ8501. Semoga kita akan mendapat rahmat dan diberkati oleh tuhan pada tahun 2015. Selamat menyambut ambang tahun baru 2015. 31/12/2014 Generasi kini lebih minat dengan Gajet mereka sendiri .Apakah implikasi yang bakal Generasi muda hadapi ? Sama-sama kita akan melihat isi yang akan saya kongsikan nanti.
1. Generasi muda kini lebih suka bermain permainan di dalam komputer, Melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. 2. Rutin harian mereka adalah Bangun,Makan,Facebook/Twitter/Instagram/dsb,Makan,Tidur. 3. Ini dapat menyebabkan mereka jarang melakukan aktiviti riadah di luar. 4. Implikasinya, mereka akan menghadapi masalah kesihatan seperti Obesiti, Diabetes dan sebagainya. 5. Semasa Majlis/Function diadakan, kebanyakkan tetamu akan mengeluarkan gajet (telefon pintar ) mereka untuk bersosial. 6. Disamping ingin menunjuk-nunjuk telefon yang paling canggih dan mahal 7. Komunikasi mereka terhadap orang lain akan berkurangan. 8. Ramai orang akan bersaing dengan telefon pintar yg paling canggih dan mahal. 9. Ini akan menyebabkan ramai berlakunya kes seperti kes kecurian. Kenapa Generasi kini lebih minat terhadap gajet 10. Gajet kini boleh didapati oleh semua generasi kini kerana gajet kini dijual lebih murah. 11. Peningkatan "Function" telefon pintar kini 12. Permainan Video yang terdapat dalam telefon pintar seperti Clash Of Clan yang menyebabkan generasi muda akan gian terhadap peranti elektronik mereka. 13. Telefon Pintar membolehkan kita berkomunikasi sesama sahabat tidak kira keberadaan mereka... Saya tahu bahawa zaman kini adalah zaman berteknologi tinggi, tapi kita kena seimbang dalam penggunaan gajet kita. Jika kita terlalu menggunakannya, ia akan memberikan implikasi yang banyak. Publish By: Webmaster Saya ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada semua calon SPM 2014 seluruh Malaysia.. Semoga anda berjaya !!!
Adakah Telefon Pintar mampu mengubah sikap remaja ? Jawapan ialah YA kerana ia mampu membuat remaja tersebut memberi sepenuh perhatian terhadap telefon pintar tanpa mengabaikan pelajaran mereka.Mereka berasa leka dengan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mereka. Selain itu mereka juga akan merasakan diri mereka selesa kerana kesemua gadget tersebut dibeli oleh kedua-dua ibu bapa mereka dan ini akan menyebabkan mereka akan bergantung sepenuhnya kepada ibubapa mereka dan tidak belajar daripada menambung untuk memperolehi kemahuan mereka. Sesetengah remaja juga akan memaksa ibubapa mereka membeli telefon pintar walaupun ibubapa tidak mampu membeli. Kesihatan remaja juga akan tergugat kerana mereka tidak meluangkan masa mereka untuk beriadah atau bersenam tetapi bergoyang kaki atau baring di atas katil sepanjang hari lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.
Kebanyakkan pelajar sekolah mahupun di universiti dan kolej tidak pernah memeriksa sama ada kalkulator anda asal atau palsu.....saya akan memberikan sedikit tip untuk anda semua...
Sila Gunakan Kalkulator Jenama Casio Fx-570MS..Kalkulator lain berkemungkinan berbeza cara dan tip 1 Sila Tekan ON pada kalkulator anda 2 Sila Tekan SHIFT + ON + 7 pada kalkulator anda 3 Anda ada melihat semua angka akan muncul pada paparan skrin kalkulator 4 Sila tekan SHIFT Sebanyak 15 Kali (Sampai muncul angka 1 dalam paparan skrin kalkulator ) 5 Mulakan dengan menekan Butang ALPHA ,MODE ,<, ^ , > , CALC , /dx , X-1 (LOGIC) , CONST,(butang bawah COPY) , a b/c dan mengikut urutan papan kekunci tersebut sehingga anda menekan butang = pada kalkulator tersebut. 6 Paparan Skrin kalkulator tersebut akan memamparkan angka 25 beserta dengan OK 1 7 itu menunjukkan bahawa kalkulator anda masih ok dan "original" 8 Jika anda ingin mengembalikannya kepada bentuk asal, sila tekan butang ON. Itu sahaja untuk kali ini...saya akan memberikan info lagi pada masa akan datang...sila berkongsi info ini kepada rakan anda...sekian sahaja daripada saya.... First masih boleh terima komen mengenai saya.memang rakan saya selalu bercakap dgn saya tapi tidaklh teruk sangat.Selepas itu komen seterusnya mengenai pelajaran saya...komen guru kelas memang tip top...selepas itu datang lagi seorang guru menyuruh saya menghadiri kelas tambahan mathematik...terima kasih kerana menjemput saya menghadiri kelas tambahan anda...saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi dlm peperiksaan yang seterusnya...
|
Archives
March 2015
Categories |