Perutusan Sambutan Hari Kristmas 2014 dan Tahun Baru 2015
Salam Sejahtera . Sekali lagi Kita akan menyambut perayaan Kristmas pada 25 Disember 2014. Saya sangat berbangga dan gembira sekali kerana Kita dapat menyambut Perayaan ini dengan aman dan harmoni. Walaupun negara kita mempunyai penduduk yang berlainan agama dan bangsa khasnya penduduk Sabah dan Sarawak, kita masih dapat menyambut pelbagai perayaan agama masing-masing. Saya berharap agar perpaduan di Negara ini dapat dikekalkan. Kita mesti menghormati antara satu sama lain dan orang yang bersikap perkauman dan melakukan rusuhan di negara ini hendaklah dihapuskan agar negara kita kekal aman selama-lamanya. Penganut agama lain perlu mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama meraikan perayaan ini dengan berkunjung ke rumah rakan-rakan yang beragama Kristian untuk bersama-sama menyambut perayaan kristmas dengan penuh kegembiraan.
Pada tahun ini, terdapat pelbagai musibah yang telah menimpa negara kita seperti Kehilangan Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang menuju ke Beijing telah hilang dari radar. Berita ini telah mengembarkan seluruh negara dan pelbagai keadah telah digunakan untuk mencari dan mengesan pesawat tersebut namum belum dijumpai. Selepas itu, berlaku semula trajedi Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang telah ditembak jatuh dan mengorbankan kesemua anak-anak kapal dan penumpang Pesawat tersebut. Tetapi negara kita masih kental menghadapi musibah ini. Dengan ini, saya akan mengucapkan takziah kepada waris penumpang Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 dan saya berdoa agar pesawat Penerbangan Malaysia dijumpai semula.Pada tahun ini juga, Keluarga saya telah kehilangan orang yang paling kami sayang iaitu datuk saya, Encik Mathew Mattius yang telah meninggal dunia pada 16 Julai 2014. Semoga roh datuk saya dapat tenang di sisi tuhan.
Penghujung Tahun 2014 hampir tiba dan kita bakal menyambut ketibaan tahun 2015. Saya berharap agar tahun yang bakal tiba akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari natal kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian dan semoga kita semua dapat menyambut perayaan ini dengan penuh gembira sekali serta Selamat tahun baru 2015 . Semoga Tuhan memberkati anda semua.
Charles
24/12/2014