Perutusan Khas : Kenangan 2014, Azam 2015
Selamat Sejahtera dan Salam Perpaduan. Pada hari ini merupakan hari terakhir bagi kita menikmati tahun 2014 sebelum kita melangkah tahun baharu iaitu tahun 2015. Pada tahun 2014, pelbagai peristiwa yang telah kita hadapi. Ada peristiwa yang gembira dan ada peristiwa yang duka. Kita telah berjaya menempuhi semua peristiwa dan cabaran yang telah kita hadapi tidak kira susah dan senang serta tidak kira gagal dan berjaya asal kita telah menempuhinya.
Bagi saya, tahun 2014 ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi saya kerana pada tahun ini saya perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah saya duduki pada bulan November. Pelbagai usaha telah saya lakukan untuk untuk Peperiksaan tersebut kerana Peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan yang penting dan akan menentukan dimanakah hala tuju saya seterusnya setelah berada di Sekolah Menengah. Saya berharap usaha saya selama ini tidak sia-sia dan memberi impak yang positif terhadap keputusan yang bakal saya terima pada tahun 2015.
Terdapat pelbagai peristiwa yang agak mencabar telah berlaku di Negara kita, Malaysia. Antaranya, kejadian Pesawat Malaysia MH370 yang Hilang daripada radar. Kejadian tersebut berlaku pada 8 Mac yang lalu. Pesawat tersebut telah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Negara Australia, Perancis, Indonesia, Thailand, Vietnam, Laos, Myanmar, China, India, Bangladesh, Pakistan, dan negara-negara lain turut tampil bersama-sama menyertai operasi Mencari dan Menyelamat SAR ( Search And Rescue ) dan membantu mencari pesawat tersebut. Sehingga kini pesawat tersebut tidak ditemui dalam sebarang bentuk isyarat dan fizikal. Setelah beberapa bulan kemudian, pesawat MH 17 telah ditembak jatuh. Pesawat milik Malaysia airline tersebut telah ditembak pada bulan julai. Semua Penumpang dan anak-anak kapal terkorban dalam trajedi MH17.
Selain daripada trajedi melibatkan industri penerbangan negara kita, negara kita turut mengalami kemarau yang berpanjangan pada bulan Februari sehingga april. Catuan air terpaksa dilaksanakan demi mengelakkan pembaziran berlaku. Pada bulan Disember, Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia telah dilanda musibah banjir yang amat teruk dalam sejarah sehingga memusnahkan harta benda awam dan penduduk. Pelbagai kerajaan negeri dan pusat tanpa mengira fahaman politik turut membantu meringankan beban rakyat dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti makanan, pakaian dan wang bantuan. Pada tahun ini juga tahun yang agak menyedihkan bagi saya kerana pada bulan Julai datuk saya telah meninggal dunia. Beliau telah meninggal dunia pada 16 Julai 2014. Kehilangan beliau meninggalkan kesan terhadap kami sekeluarga.
Pelbagai kenangan manis dan pahit yang tidak akan saya lupakan untuk tahun 2014 ini. Azam saya untuk tahun 2015 ini adalah semoga pencarian pesawat MH370 dapat dipermudahkan dan Semoga saya mendapat gred cemerlang dalam Keputusan SPM 2015 serta Berjaya dalam hidup. Sebelum saya menamatkan ucapan saya ini, saya ingin bersimpati ke atas trajedi yang menimpa Pesawat AirAsia QZ8501 yang telah hilang dari radar pada 28 Disember 2014 dan telah ditemui semula pada 30 disember 2014 dalam keadaan yang amat menyayat hati. Saya mengucapkan takziah kepada waris penumpang dan anak-anak kapal pesawat QZ8501. Semoga kita akan mendapat rahmat dan diberkati oleh tuhan pada tahun 2015. Selamat menyambut ambang tahun baru 2015.
31/12/2014