Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.
Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). (2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). (3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). (4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. (5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...). (6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). (7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. (8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala). (9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. (10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. (11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. (12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. (13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti. (14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. (15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda. (16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). (17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. (18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. (19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat. (20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. (21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing. (22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00pm).
0 Comments
Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.
Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri. Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya. Modus Operandi 1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih 2. Menaiki kenderaan 3. Mangsa di kalangan kanak-kanak 4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam 5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan Nasihat • Jangan membiarkan anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana tempat tanpa pengawasan. • Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak menggunakan jalan yang terang dan ada orang ramai. • Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak menggunakan jalan pintas melalui semak samun, padang, tempat letak kereta atau berjalan belakang rumah atau kedai. • Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga dan memberitahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya. • Sentiasa mengingatkan atau menasihatkan anak-anak tidak mengambil atau menerima makanan dan minuman dan barang-barang yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. • Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.
Copy dpd group lain. Utk peringatan dn berhati2 ahli keluarga @@BACAAA!! BAHAYA NI!! Semua wanita wajib baca.. Lelaki juga wajib baca untuk mereka yang terrsayang .. HARUS BACA !!!!!!!!!!!!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam . Sebenarnya cukup mudah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Ikutilah tip yang mudah ini ye.
1. Elakkan daripada berkenalan dengan orang yang tidak dikenali. 2 Elakkan daripada mengikuti rakan yang mempelawa anda melakukan sesuatu yang pelik seperti menghisap gam , merokok , menhisap dadah dan sebagainya. 3 Jika anda mendapati rakan anda terlibat dalam gejala sosial , tindakan anda adalah dengan melaporkan kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa 4. Kepada remaja perempuan yang berusia 18 tahun kebawah , elakkan melakukan hubungan yang melampaui batas sehingga membuka aib ibu bapa dan keluarga anda. Kesimpulannya, elakkan daripada melakukan perbuatan haram di sisi agama. Kuatkanlah iman anda dalam agama. 5. Kepada remaja lelaki , jangan merosakkan masa depan anda . anda mempunyai masa depan yang baik . jadi hargailah. 6. Kepada ibu bapa , Luangkan masa anda untuk mengambil berat terhadap anak-anak anda ye. Jangan terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing demi mencari nafkah untuk menyara keluarga masing-masing . 7. Kepada pihak sekolah , tingkatkanlah keprihatinan anda terhadap pelajar-pelajar di sekolah. Jadikanlah anak didikan anda berjaya dan bermoral pada masa depan. 8. Kepada pihak berkuasa , saya berharap agar anda memainkan peranan yang penting dalam hal ini . Anda boleh memberi atau menganjurkan ceramah pendidikan di sekolah. sampai sini sajalah penulisan saya kali ini . saya akan menulis lagi jika mempunyai masa terluang. Hasil Nukilan Charles Jika ada penunggang motosikal menunding jari ke arah tayar atau bahagian lain kereta anda untuk menyuruh anda memeriksa dan berhenti di bahu jalan, Elakkan untuk berhenti dan meneruskan perjalanan anda kerana mereka akan mengambil peluang untuk samun kereta anda.
Cara Anda Mengelakkan Kejadian Tidak Diingini berlaku 1.Pastikan anda berhenti di kawasan yang selamat seperti di stesen minyak,kawasan yang dipenuhi orang atau di balai polis berdekatan 2.Memencut Kenderaan anda dengan laju.Sila Catatkan No Pendaftaran Motosikal,Jantina penunggang motosikal,warna kulit,ketinggian dan warna baju dan seluar. 3.Sayangi nyawa anda.jika keadaan tidak terkawal,tinggalkan harta benda anda. |