Perutusan Perayaan Gawai Dayak 2015
Saya mewakili Barisan Pentadbir Isu Semasa Sarawak Blog ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua kepada semua rakyat Sarawak terutamanya bagi kaum Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.
Di Sarawak, ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (dikenali sebagai Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru. Gawai dalam pengertiannya adalah hari kesyukuran kepada tuhan yang mengurniakan rezeki. Dengan tuaian yang baik setiap tahun maka hari Gawai disambut bagi memanjat kesyukuran.
Kita sebagai rakyat Sarawak harus mengekalkan keharmonian Bumi Kenyalang agar kita dapat hidup bersatu padu. Anasir - anasir negatif perlu dibuang dan ideologi yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat kita jangan dibawa masuk ke Sarawak. Adat -adat resam semua kaum perlu dikekalkan agar identiti kita dapat dikenali hingga generasi yang akan datang.
Saya berharap agar masyarakat kaum dayak dapat menyambut perayaan Gawai Dayak 2015 dengan penuh kegembiraan.
Charles
Pengasas Blog Isu Semasa Sarawak